Maklumat Sijil Kolej Komuniti Berterusan - SKK (T)

MAKLUMAT AM

Maklumat Program
Ia merupakan latihan kemahiran berdasarkan proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang telah menamatkan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Dijalankan secara sepenuh masa dan secara semesterTempoh setiap semester adalah 4 bulan.


Apakan menariknya program ini?

  • Latihan berasaskan kepada proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan
  • Diiktiraf oleh badan-badan profesional dan agensi-agensi kerajaan
  • Berpeluang mendapatkan pelbagai kemahiran daripada modul-modul yang ditawarkan
  • Penilaian dilaksanakan oleh badan profesional dan agensi kerajaan
  • Berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi mereka yang layak
  • Program pembelajaran fleksibel yang sesuai untuk individu yang ingin mendapatkan kemahiran

 

SIJIL KOLEJ KOMUNITI (BERTERUSAN) – SKK(T)

Sijil Kolej Komuniti (Berterusan) ditawarkan semula di kolej komuniti mulai Julai 2012. Kolej Komuniti Kepala Batas menawarkan Sijil Teknologi Senibina dan Mekanikal Pembuatan bagi tempoh pengajian minimum 16 bulan.

 

Syarat Kemasukan

Warganegara Malaysia yang berumur 17 tahun dan ke atas.

Lulus SPM. 

Tempoh Pengajian

16 bulan (3 semester pengajian + 1 semester latihan industri) 

Yuran Pengajian

RM200.00 per semester.

 

Sijil Teknologi Senibina

Program Sijil Teknologi Senibina merupakan satu program kemahiran dalam menyediakan lukisan teknikal dalam bidang senibina. Pelajar akan dapat memahami dan menghasilkan lukisan kerja yang mematuhi Undang-undang Kecil Bangunan Seragam. Pelajar akan berpeluang menghasilkan lukisan secara manual dan menggunakan AutoCAD, Google Sketchup, Adobe Photoshop dan Ms Powerpoint.

Prospek kerjaya

Pelukis pelan senibina, pelukis pelan kejuruteraan, juruteknik bangunan, pelukis ilustrasi, pembuat model bangunan, penyelia tapak pembinaan, kontraktor dan lain-lain lagi.

* Untuk keterangan lanjut berhubung program yang ditawarkan, sila hubungi Unit Hal Ehwal Pelajar di talian 04-575 5930/ 579 2300.

 

Sijil Teknologi Pembuatan

Pelajar berpeluang mempelajari pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Teknologi Pembuatan iaitu menghasilkan lukisan kejuruteraan, merekabentuk produk pembuatan dengan menggunakan perisian Rekabentuk Terbantu Komputer (CAD), menghasilkan produk mekanikal menggunakan mesin-mesin pembuatan konvensional dan Kawalan Berangka Berkomputer (CNC), menggunakan kaedah kawalan mutu dalam penghasilan produk dan membaca, membina dan troubleshoot litar skematik pneumatik dan hidraulik.

Prospek Kerjaya

Pelukis pelan mekanikal, perekabentuk produk, juruteknik pembuatan, jurumesin,  jurugegas, juruteknik automasi dan juruteknik kawalan kualiti.

* Untuk keterangan lanjut berhubung program yang ditawarkan, sila hubungi Unit Hal Ehwal Pelajar di talian 04-575 5930/ 579 2300.

 

PUSAT TEKNOLOGI KENDERAAN HIBRID DAN ELEKTRIK

Pusat Teknologi Kenderaan Hibrid dan Elektrik di Kolej Komuniti Kepala Batas merupakan yang pertama dibangunkan di Malaysia. Ia ditubuhkan bagi melahirkan mekanik automotif yang kompeten dalam teknologi enjin hibrid dan elektrik. Pusat berkenaan akan melatih pelajar kolej komuniti, institut-institut kemahiran, mekanik-mekanik yang dihantar oleh syarikat automotif dan pelajar-pelajar sekolah. Mekanik automotif industri akan dilatih dalam program meningkatkan kemahiran (upskilling) dan melatih semula  (reskilling) manakala pelajar sekolah bagi pengayaan pembelajaran sains dan teknologi.

Maklumat asas kursus

Para peserta akan dilatih berkenaan pemahaman kenderaan cekap tenaga; pemahaman pengoperasian sistem hibrid; kenal pasti sistem bantuan dalam kenderaan hibrid dan model kenderaan hibrid; sistem pengurusan hibrid; ciri-ciri keselamatan dan struktur kenderaan hibrid; demonstrasi buatan dan model kenderaan hibrid.

Untuk keterangan lanjut berhubung kursus-kursus yang ditawarkan, sila hubungi Penyelaras Pusat Teknologi Kenderaan Hibrid dan Elektrik di talian 04-575 5930/ 579 2300.

 

Bantuan Kewangan

Tiada, tetapi calon Program Sijil boleh memohon sumber pembiayaan / pinjaman dari pihak Zakat, Yayasan Negeri, Baitulmal dsb manakala Program Diploma boleh memohon pinjaman PTPTN.