Maklumat Sijil Kolej Komuniti Bermodular - SKK (M)

MAKLUMAT AM

Maklumat Program
Ia merupakan latihan kemahiran berdasarkan proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang telah menamatkan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Penawaran secara sepenuh masaPelajar akan menjalani Latihan Industri atau Program Externship (MODUL 5*) - jika diperlukan oleh SKK yang memerlukan pendedahan industri atau penilaian oleh Panel Penilai Luar / Industri.


Apakan menariknya program ini?

  • Latihan berasaskan kepada proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan
  • Diiktiraf oleh badan-badan profesional dan agensi-agensi kerajaan
  • Berpeluang mendapatkan pelbagai kemahiran daripada modul-modul yang ditawarkan
  • Penilaian dilaksanakan oleh badan profesional dan agensi kerajaan
  • Berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi mereka yang layak
  • Program pembelajaran fleksibel yang sesuai untuk individu yang ingin mendapatkan kemahiran

 

SIJIL KOLEJ KOMUNITI (BERMODULAR) – SKK(M)

Dua program Sijil Kolej Komuniti (Bermodular) yang ditawarkan iaitu:-

  • Animasi 2D
  • Servis Kenderaan Ringan

 

Syarat Kemasukan

Warganegara Malaysia yang berumur 17 tahun dan ke atas.

Lulus SPM.

Tempoh Pengajian

20 bulan (4 semester pengajian + 1 semester latihan industri)

Yuran Latihan

RM200.00 per semester.

 

Sijil Animasi 2D

Program Sijil Animasi 2D menawarkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknik lukisan asas geometri dan organik; lukisan anatomi manusia dan haiwan; lukisan karektor animasi secara manual dan digital. Selain itu, para pelajar berpeluang menghasilkan idea melalui penulisan skrip; rekabentuk produksi; storyboard di samping menghasilkan audio animasi dengan merakam suara latar; menyediakan kesan bunyi dan muzik latar.

Prospek Kerjaya

Pereka pemodel karektor, pereka latar belakang, render artis, artis papan cerita, artis kesan visual, penyunting audio, suara latar dan lain-lain lagi.

* Untuk keterangan lanjut berhubung program yang ditawarkan, sila hubungi Unit Hal Ehwal Pelajar di talian 04-575 5930/ 579 2300.

 

Sijil Servis Kenderaan Ringan

Pelajar berpeluang mempelajari kemahiran berkaitan pengendalian bengkel; pemeriksaan asas kenderaan; pemeriksaan elektrik kenderaan dan servis asas kenderaan. Selain itu, pelajar juga berpeluang mempelajari kemahiran selenggara roda; sistem stereng dan gantungan; rombak rawat transmisi manual dan automatik; analisa kerosakan enjin; penyelenggaraan kerosakan enjin dan lain-lain lagi.

 Prospek Kerjaya

Mekanik, juruteknik servis kenderaan, penasihat servis, pengusaha bengkel servis, pengusaha bengkel tayar, pengusaha bengkel elektrik automotif, pengusaha kedai aksesori automotif dan lain-lain lagi.

* Untuk keterangan lanjut berhubung program yang ditawarkan, sila hubungi Unit Hal Ehwal Pelajar di talian 04-575 5930/ 579 2300.

 

Bantuan Kewangan

Tiada, tetapi calon Program Sijil boleh memohon sumber pembiayaan / pinjaman dari pihak Zakat, Yayasan Negeri, Baitulmal dsb manakala Program Diploma boleh memohon pinjaman PTPTN.