Kursus Pendek

MAKLUMAT AM

Sinopsis Kursus Pendek:

  • Memberikan pendidikan dan latihan kepada semua lapisan masyarakat setempat untuk meningkatkan kualiti hidup.
  • Memberikan latihan kepada masyarakat setempat untuk meningkatkan mutu kerja.
  • Memberi pendidikan sepanjang hayat kepada lapisan masyarakat yang berminat melalui program yang fleksibel dan mudah akses.

Kolej Komuniti Kepala Batas turut menawarkan pelbagai jenis kursus jangka pendek yang memenuhi keperluan komuniti. Antara kursus-kursus pendek yang ditawarkan merangkumi aspek bahasa, muzik, kulinari, bakeri, jahitan pakaian, jahitan kreatif, automotif, grafik & multimedia, senibina, mekanikal, kesihatan, pembangunan diri dan dandanan. 


Kumpulan Sasaran:

  • Lepasan sekolah/penganggur
  • Suri rumah
  • Pekerja industri/swasta/awam
  • Bekerja sendiri
  • Pesara
  • Pertubuhan Bukan Kerajaan
  • Warga Emas (55 ke atas)

 

Prospek Latihan:

  • Peserta kursus diharapkan akan dapat menguasai kemahiran dalam kursus yang disertai agar boleh membantu meningkatkan mutu kerja dalam kehidupan masing-masing.
  • Latihan akan dapat menyediakan pengetahuan asas dalam memilih kerjaya yang sesuai samada bekerja sendiri atau bekerja dengan majikan.